Peleraian Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009

Pada 18 Disember, setelah sehari ketua-ketua negara berunding dengan tergopoh-gapah, diumumkan bahawa tercapainya "persetujuan yang bermakna" antara Amerika Syarikat, China, India, Afrika Selatan dan Brazil.[34] Perkataan "bermakna" ini dipandang sebagai hasil putar belit politik oleh sebuah editorial dalam akhbar The Guardian.[35] Seorang pengawai kerajaan AS yang tidak dinyatakan namaya dilaporkan berkata bahawa persetujuan itu adalah "selangkah maju dalam sejarah" tetapi tidak memadai untuk mengelakkan perubahan iklim yang berbahaya di masa akan datang. Namun demikian, mengikut seorang wartawan alam sekitar BBC: "Ketika persetujuan diumumkan oleh Rumah Putih, ramai lagi perwakilan yang belum lagi meliahtnya. Komen dari seorang pegawai UK berpendapat bahawa teks tersebut belum dimuktamadkan padahal perwakilan Bolivia sudah merungut akan cara persepakatannya, iaitu 'anti-demokratik, anti-telus dan tidak boleh diterima'. Tanpa sasaran yang kukuh untuk mengehadkan kenaikan suhu global, tanpa komitmen kepada perjanjian sah dan tiada tahun sasaran untuk kemuncak pengeluaran gas rumah hijau, negara-negara yang paling teruk terdedah kepada akibat perubahan iklim masih belum mencapai persetujuan yang diharapkan."[36]

Pada awal pagi 19 Disember, para wakil meluluskan usul untuk "memberi perhatian kepada Persetiaan Copenhagen[37] pada 18 Disember 2009". Walaupun begitu, dilaporkannya tidak jelas lagi sama ada usul tersebut adalah sebulat suara, atau apa implikasinya dari segi undang-undang. Ban Ki-moon menyambut baik persetujuan iklim yang disokong oleh AS itu sebagai "permulaan asas". Adalah tidak jelas sama ada 192 negara yang hadir juga menerimanya. Persetiaan Copenhagen menerima hujah saintifik untuk memastikan kenaikan suhu di bawah 2 °C, tetapi tidak terkandung apa-apa komitmen untuk mengurangkan pengeluaran bahan pencemar yang perlu untuk mencapainya. Sebahagian persetujuan itu menjanjikan pembiayaan sebanyak AS$ 30 bilion kepada negara membangun selama tiga tahun seterusnya, kemudian meningkat kepada AS$ 100 bilion setahun menjelang tahun 2020, untuk membantu negara-negara miskin menyesuaikan diri kepada perubahan iklim. Cadangan-cadangan terdahulu untuk mengehadkan kenaikan suhu kepada 1.5 °C serta memotong pengeluaran karbon dioksida sebanyak 80% menjelang tahun 2050 terpaksa digugurkan. Satu lagi persetujuan telah dicapai untuk mengurangkan pembasmian hutan dengan wang tunai pampasan dari negara-negara maju.[38] Persetujuan yang dicapai ini tidak sah di sisi undang-undang, tetapi Presiden AS, Barack Obama berharap agar negara-negara boleh menunjukkan pencapaian masing-masing kepada dunia. Tambahnya lagi, jika perlunya menunggu persetujuan sah lagi, silap-silap tiada peningkatan yang dilakukan.[39]

Berkaitan

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 Persidangan Potsdam Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2022 Persidangan Dunia mengenai Pengurangan Risiko Bencana Persidangan Meridian Antarabangsa Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Persidangan Pemakaian Bahasa Esperanto di bidang Sains dan Teknologi Persidangan Geneva 1954 Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2015

Rujukan

WikiPedia: Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 http://www.smh.com.au/environment/climate-change/c... http://www.theaustralian.com.au/news/nation/climat... http://www.themonthly.com.au/monthly-essays-tim-fl... http://www.cbc.ca/world/story/2009/12/18/copenhage... http://www.iisd.ca/upcoming/linkagesmeetings.asp?i... http://www.cnn.com/2009/POLITICS/12/18/obama.copen... http://www.cnn.com/2009/WORLD/europe/12/09/danish.... http://www.facebook.com/cop15 http://ibnlive.in.com/news/last-day-of-copenhagen-... http://www.livemint.com/2009/12/16183943/Climate-c...